Background

Thursday, 27 August 2015

Kembara Satun


Bismillahirrahmanirrahim

Kisahnya kami kena attend International Conference di Satun, Thailand. 
Present paper terus disana. Debo jangan cite la. Kami menumpang tidoq di UiTM Perlis
Haa Huntongkan U yang banyak branch ni, boleh numpang tidoq,
tak da masalah aiihhhh, bayar je utk beberapa malam =)
So, banyak gambar di Perlis berbanding di Satun.
kira travel la jugak tuuu.








 BBQ memalam
Ha cenggini weyh, ada pulak benda timbul dekat tengah2 tu. awalnya nampak pelik, hukhuk tapi disebabkan lapar, pedulikan je =)
 Di border nak masuk Satun
 Sawadikappp =)





Pengalaman yang cukup berharga dan sangat mendebokan bila duduk dengan pakar-pakar sejarah, semua benda2 sejarah dalam kepala otak diorang, ha kalau da nama sejarah semua benda adalah fakta, kau nak pusing macam mana pun kau akan kena. Macam mana la diorg boleh ingat peristiwa2 tu semua. hoho tabik!! Terima kasih pensyarah2 dan Persatuan Sejarah Lisan Malaysia untuk kenangan ini =)

Sunday, 9 August 2015

Kembara Perth

Assalamualaikum semua. lamanya tak menghupdate blog tinta menari ni, mungkin kisahnya tak serancak tariannya. By the way, entri kali ni berkisahkan tentang perjalanan aku ke Perth, Australia. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 5jam 50minit dari Malaysia. Alhamdulillah, safely arrived! pengumuman suhu pagi ini di dalam flight  ialah 6 celcius. Maka, nikmatilah kesejukannya! Jom, tengok sikit view dekat sana untuk 6 hari disana =) 

02/08/2015 (Day 1)


Untuk hari pertama, ini la tempat-tempat yang kami lawati sebaik sahaja menjejakkan kaki di Perth.
  • Car Boot Belmont
  • Caversham Wildlife Park
  • The Margaret River Choc Co
  • Kailis Fish Market Cafe
  • E-Shed Market
Perth International Airport, kira-kira pukul 6 pagi tiba.
 
Breakfast dulu =)







Tudiaaa, muka macam tak puas hati =) 





Sang Wombat. macam cousin oink oink tapi rasanya bukan kot. engkau rasa?







Lunch di Fish & Chips

Gambar di e-shed market tak banyak sebab kami sibuk shopping =) ni kedai souvenir, murah2 belaka.  Owner kedai ni dari indonesia.


03/08/2015 (Day 2)

  • State Library of Western Australia
  • State Record Office of Western Australia
  • Water Town
  • Westfield Carousel












Shopping time, yeahhhh!! Depan Watertown. Bila tempat-tempat shopping je, kami memang xsempat nak snap gambar sangat sebab masing2 sedang 'menggila'. barang2 disana memang murah jika ikut dollar la, jangan sesekali terlintas dikepala utk kali dengan duit malaysia =) apa yang berkenan, just grab it! 

04/08/2015 (Day 3)
  • Western Australia Museum
  • Kings Park
  • Perth City
  • Murray Street City
  • Big W






 Kings Park






 Sir Wam dan isteri =)

Video di sekitar Kings Park

Sementara yang lain sedang 'menggila' di dalam mall, kami berempat ambik kesempatan ajak En Kamarul (Tour guide) utk jalan-jalan di Perth City, so kena naik bas, dalam 10minit.




05/08/2015 (Day 4)
  • National Archive of Australia
  • Mandurah Ocean Marina
  • Rockingham
  • Macnuts WA
  • Chemist (Kedai ubat-ubatan dan perfume)

Kalau dulu sem 1 hanya baca dari nota dan internet tentang archive ni, sekali da sampai ke tempatnya =) 


Mandurah





Tour Guide 1 : Encik Kamarul  
 Jalan-jalan naik bot =) 








Video di sekitar Mandurah 







Tu la van yang kami naik sepanjang 6hari disana =)







 Gambar sekitar depan homestay kami, wuhuuu =)


kami menginap dua homestay, tu ha yang ada dua2 van tu.
Rumah-rumah di taman tu, cantik sangat! environment yang sangat bersih. kereta xd la berselerak sebab kebanyakannya rumah diorang ada garaj yang bertutup.
Bergambo depan homestay sebelum p melawat library and state record office
Tour Guide 2: Encik Rizal. Malam terakhir disana, buat BBQ di rumah En Rizal ni. dia hampir 6tahun tinggal di Perth. Rumahnya besar dan kemas! bestnye dapat tinggal disana. lepas BBQ, En Rizal nyanyi lagu-lagu nasyid zaman Nada Murni. Tak sempat nak snap gambar waktu BBQ sebab sibuk nak makan. haha




Di pagi hari sebelum gerak ke airport untuk kembali ke Malaysia.

Selamat Hari Raya dari Kami =)

Walaupun hanya seketika berpeluang tinggal disana, tapi aku merasakan kehidupan disana jauh lebih beza di Malaysia. Di Perth, keselamatan In Sha Allah terjamin! persekitaran sangat bersih dan kemas! Kebanyakan rakyatnya friendly dan berdisiplin. Atas jalanraya punya la payah nak dengar bunyi hon atau cucuk mencucuk sesama kereta. Pemanduan berhemah! Apabila  Negara bukan Islam mempraktikan cara hidup orang Islam, Allah! Tiada bebanan barangkali ketika berkerja, dan bila kehidupan sudah mencukupi dari segala aspek maka tiada perkara yang menyebabkan mereka terdesak untuk mencuri merompak merogol membunuh menculik dan sewaktunya seperti yang berlaku di negara kita, Allah =( nyawa sekarang mungkin tiada nilai dimata mereka. Semoga kita sentiasa dibawah jagaan dan lindungan Allah selalu. Amin.

No Matter What Happen
Travel Gives You a Story To Tell




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...