Background

Thursday, 10 December 2015

Umrah2015

PABILA RAHMAT TUHAN 
JATUH BERSAMBUT

Bismillahirrahmanirrahim, 
Alhamdulillah. syukur yang tidak terhingga kerana 
DIA masih sudi menjemput hamba yang bergelar pendosa ini 
untuk bertandang ke "rumah" Nya kali kedua. 
Pergi dengan jiwa dan hati yang sarat dengan dosa. 29/11/2015 (ahad) 
4.30 petang, flight FLYNAS terus menerjah meninggalkan bumi dengan selamat, 
semakin tinggi membelah awan. 
Sungguh! ciptaan Allah itu yang paling hebat.

"Allah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan makhluk-Nya. menjelaskan tanda-tanda kebesaran-Nya supaya kamu meyakini pertemuanmu dengan Tuhanmu" 
(Ar-Ra'd 13:2) 


Pengembaraan hati ini mengambil masa lebih kurang 8jam setengah. Setelah sekian lama terikat di tempat duduk  yang kadang-kadang menyakitkan badan, Alhamdulillah akhirnya selamat tiba pada pukul 8.20 malam (Arab Saudi), waktu Malaysia 1.30 pagi. Beza waktu Arab dan Malaysia ialah lebih kurang 5jam. Kali ni kami turun di Airport Madinah 
(Prince Mohammed Bin Abdulaziz International Airport). 




Kesabaran pertama yang diuji bila kita da sampai di Airport sana. kena banyak2 beristighfar, terkadang makian terkeluar juga dekat hati bila tengok pegawai2 imigrisen sana buat kerja, Allah, ketatnya proses imigresen kerajaan Arab Saudi ni! banyak sembang, macam-macam hal nak nya. ada je tak kena. Penat berdiri dan beratur saja dekat imigresen tu, tak boleh bayangkan kalau Haji, ini baru umrah. Ada setengah jemaah yang senang lepas, Alhamdulillah. 


Untuk Part Imigresen saja da makan masa hampir sejam setengah. finger print 2 3 kali, thumb print, tak cukop dengan itu siap ambik gambar pulak. setiap meja diorang ada kamera. Nak tak nak kita kena melihat semua perkara ni dengan kanta mata hati yang redha. Baru dugaan kecik ni, kita tak tahu apa lagi dugaan yang akan Allah campakkan lagi dekat Madinah dan Mekah sana. Settle dekat Imigresen lebih kurang pukul 10.45 malam (arab), 3.30 pagi (Malaysia)

PESONA MADINAH


"Seandainya engkau tahu betapa CINTA & KASIHNYA Baginda SAW wahai umat, 
nescaya engkau akan berziarah ke MADINAH sekalipun dengan merangkak 
walau sekadar memberi salam kepadaNya
(Habib Kazim As-Saqqaf)

Madinah! kini kami hampiri. Allah, tak tergambarkan ketenangan yang engkau akan rasai even berapa kali pun kau jejak ke bumi pilihan Allah ni. kau tengok dari dalam bas, dari jauh, di sebalik bangunan2 hotel nampak kelibat menara-menara Masjid Nabawi berceracak disertakan dengan lampu-lampu yang sangat bergemerlapan, automatik air mata akan turun laju tanpa kau sedar. so tengok dari jauh dulu sbb kami kena naik hotel dulu, berehat. esok subuh dalam pukul 4pagi baru jalan kaki p masjid. Alhamdulillah, kebiasaannya hotel2 sini jarak nak jalan kaki ke Masjid Nabawi ambik masa dalam 5min je. tak jauh mana. dan kali ni kami dapat hotel lebih dekat berbanding umrah pertama dulu  =) 



Langit waktu subuh dekat sana cantik sangat, macam ada 2 warna. 1 purple dan 1 lagi mcm jingga. 



Gambar dari Mr Yahoo

Bila tiba di Madinah, kebanyakan jemaah akan berebut untuk pergi ke RAUDHAH.
Allah mengiktirafkan Raudhah sebagai satu daripada Taman-Taman Syurga berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud, "Diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Mimbarku terletak atas kolamku" 
(Riwayat Bukhari & Muslim)  

Allah juga mengiktiraf Raudhah sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa. Segala doa yang dipohonkan disitu akan terus terangkat ke hadratNya tanpa sebarang hijab. Allah =) 

Kali ni, Alhamdulillah aku dapat cecah dahi di "karpet hijau" (Raudhah). Allah mudahkan perjalanan menuju ke Raudhah, hanya mengambil masa 1jam sebab jemaah dari turkey dan lain2 masih belum tiba disini lagi, kebanyakan jemaah dari Malaysia & Indonesia yang ada, jadi waktu tu tak da lagi suara2 penjaga raudhah berkata "Ijlis ya ibukk, Ijliss" haha. dia suruh duduk, kena ikut turn nak masuk sebab terlampau padat, tak da ruang langsung. tapi disebabkan kali ni trip kami awal pergi jadi tak da kena ijlis ijlis =) 

Perasaan?
Tidak terungkap dengan kata-kata atau dengan penulisan =) apabila kau dapat melangkah dan melangkah, dalam tak sedar kaki kau da pijak karpet hijau. Apa yang membezakan saf biasa dengan raudhah ialah warna karpet. saf biasa karpet warna ala-ala merah, dekat raudhah karpet warna hijau. Ustazah ada pesan sebelum nak masuk raudhah, dia kata kalau xd ruang sangat, terus sujud dan berdoa dalam sujud. Tapi aku rasa sayangnya xbuat solat sunat dekat Raudhah sebab memikirkan ntah bila lagi akan berpeluang masuk raudhah. Kaki makin kedepan dan kedepan, tuppp aku ternampak satu ruang yang memang xbesar mana pun, xd fikir lain terus solat sunat. time sujud tu aku sedar ada orang langgar2 kepala aku =) langkah2 kepala, tapi aku tak nak bangun dari sujuddddddddddddddddddd, aku rasa sayang nak bangun dari sujud =( Aku berharap hanya Allah saja yang menjaga aku ketika itu. hilang kusyuk nak doa sebab bila tersedar ada org langgar2 kepala, aduyaiii..

Salah satu doa yang aku selitkan ialah tentang kematian. sesungguhnya aku masih belum bersedia jika sekarang Allah tugaskan malaikat untuk tarik nyawa aku =( sungguh! aku tak nak mati dalam keadaan diri yang sarat dengan dosa tanpa bertaubat. aku sedang memperbaiki diri aku perlahan-perlahan =( jika Allah nak tarik nyawa aku, tariklah pada satu ketika, pada tahun-tahun seterusnya dimana aku berada DISINI! YA DI KOTA MADINAH, matikan aku disini! kebumikan aku di Perkuburan Baqi', dimana tersemadinya 10,000 ahli keluarga dan sahabat Rasulullah. Jemaah haji atau umrah yang meninggal disini juga akan dikebumikan di Perkuburan Baqi'. "Sekampung" dengan Rasulullah serta para sahabat menjadi impian setiap orang yang ziarah disini.

Info Raudhah!
Jemaah wanita boleh masuk melalui PINTU 25,
Jemaah lelaki boleh masuk melalui PINTU BABUS-SALAM


Gambar dari Mr Yahoo juga. Karpet hijau (Raudhah), karpet merah (Saf biasa). 
 Dibawah kubah hijau tu tersimpan jasad kekasih kita, Nabi Muhammad S.A.W serta 2 orang sahabat iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.


Kami pergi under agensi Pikat Travel Tours Sdn Bhd, Ipoh Perak. Terbaik! 
bimbingan sendiri oleh ustaz Mohamad Ali Sabri (Berdiri di tengah, pakai spect)

 click link sini :

Facebook: Pikat Travel Tour Sdn bhd

Facebook : Ustaz Mohamad Ali Sabri

Facebook: Tanyalah Ustaz Sinar Zamdurrani Ustaz Ali Sabri

Promote sikit agensi ni =)





Video dalam bas waktu nak pergi ziarah luar.  
Duduk betul2 paling depan sekali dalam bas waktu ni =) 



Masjid Quba'. Masjid pertama yang Nabi bina atas dasar ketaqwaan.

4 hari 3 malam berada di Madinah, tiba masa kami untuk berangkat ke Mekah. Ya Mekah!
Mekah yang lebih mencabar, lebih menguji kesabaran. Ya Rasulullah, kami pulang dulu. Jika diizinkan Allah lagi, kami akan tiba untuk tahun-tahun seterusnya.

"Sesiapa yang bersabar menanggung kesusahan di Madinah bakal mendapat syafaat Nabi dan baginda sendiri akan menjadi saksi ke atasnya. Sekiranya ditakdirkan menemui ajal di Kota Suci Madinah, dia juga bakal mendapat syafaat Nabi. Lebih hebat lagi, dia kelak mendapat syurga tanpa hisab"



Perjalanan ke Mekah, nampak tak awan belah sana da gelap =)



Alhamdulillah, rezeki tengok hujan di tempat pilihan Allah =)

waktu nak bergerak ke Mekah, Jemaah da siap2 pakai ihram, kami akan berniat di MIQAT BIR ALI untuk melakukan UMRAH PERTAMA. Kebiasaannya, kalau dari Madinah ke Mekah, kita akan jumpa Miqat Bir Ali ni dulu. solat sunat di sini dan terus niat ihram! kita kena niat di tanah halal bukan tanah haram. Bagi wanita, kita kena niat ihram bersyarat sebab kita kan "istimewa", ada relate dengan period. 

 Miqat Bir Ali




Dengan niat yang da dilafazkan di Miqat Bir Ali, maka bermulalah 13 pantang larang yang wajib dijaga ketika kita dalam berihram, Perjalanan yang mengambil masa 5-6jam dari Madinah ke Mekah bakal mengundang beraneka cabaran, nak pulak kita dalam ihram, maka jagalah dengan sebaiknya pantang larang tersebut. 

KELIBAT KAABAH MULA MENYAPA

"Bismillahi Allahuakhbar"

Masjidilharam, Mekah

Rukun Umrah!

1) Berniat di tanah halal
-Miqat Bir Ali
-Masjid Tana'im
-Masjid Hudaibiyah
(selalunya bas disediakan utk bawak jemaah pergi ke tanah halal) 

2) Tawaf (Keliling kaabah 7x)
Please, kalau terpisah dengan family or jemaah ketika tawaf, just teruskan tawaf, jaga niat! jangan nak mencari family or jemaah yang lain pula. In sha Allah, Allah sentiasa jaga kita. 


 


Waktu ambil video ni kami tak buat umrah, kami buat ziarah dalam masjidilharam. ustaz tunjuk mana tempat-tempat yang mustajab bila berdoa. Ustaz kata "ok ni tempat kalau org xbayar hutang, kamu boleh doa sebut nama dia dan bayangkan muka dia, In Sha Allah balik je Malaysia org tu akan bayar"....

DAN

Ustaz kata lagi "ok ni pulak tempat pada sape2 yang belum ada JODOH, berdoa sebut nama dia dan bayangkan mukanya, In Sha Allah dengan Izin Allah, Allah akan sentuh hatinya dekat Malaysia =) Allah, hebatnya! 

TAPI

Aku tak da nama nak disebuttttt, xd wajah nak dibayangkannn!!! haha kelakar dan sedih =( weyh, kau yang baca jgn gelak, tak baik tau =) kawan aku kata "laa kenapa ko tak sebut je nama Hafiz Hamidun". Agak2 la kannn. So doa general sudah, yang utamanya dapat jodoh menjaga solat, mengamalkan agama Allah dan tak merokok da cukup cantik da kan

Alhamdulillah, kali ini juga dapat sembapkan muka di kaabah. selalu tengok dalam TV je orang asyik melekap muka dkt kaabah. Wanginya kain kiswah hitam dekat kaabah tu, patutla antara salah satu pantang larang bila kita dalam ihram tak boleh sentuh kaabah, mungkin sebab wanginya tu. Ustaz bawak kami dekat kaabah time orang arab tak ramai, so ada rezeki utk lekapkan muka dan tangan di kaabah.

Gambar dari Yahoo. Contoh sembabkan muka dan tangan dkt gambar ni, rasa tak nak berkalih dari melekap tu, rasa nak lamaaa je melekap tapi bagi la peluang pada orang lain pulak kan. Hajarul Aswad masih belum berpeluang lagi nak hampir sbb sesak disitu.


3) Sa'ie (Jalan ulang-alik 7x dari Safa ke Marwah)
Dekat sa'ie ni lebih bertenang sedikit, tak da tolak-menolak, sejuk sikit sebab dalam bangunan. Jarak dari Safa ke Marwah lebih kurang 2.8 KM. Awal-awal memang akan rasa jauh, tapi bila da ulang-alik rasa macam ok la, lenguh2 kaki pinggang adalah perkara biasa bila kita da ada dekat sana. Bila kita da baring tegakkan pinggang kaki dekat bilik hotel, In sha Allah esoknya da ok semula =)

Nampak tak bukit safa yang da dipagar tu? tu la bukit satu ketika dahulu dimana Siti hajar terpaksa berjalan ulang alik antara bukit ni ke bukit marwah sebab nak cari air untuk anaknya Nabi Ismail.



Ni kawasan bukit marwah. Bukit ni lebih rendah berbanding bukit safa. bukit ni kita boleh naik atasnya, senang cerita kita boleh rasa dengan tapak kaki. Lupa nak tangkap gambar bukitnya. 
Dekat lampu hijau ni, jemaah lelaki kena lari-lari anak. Ada juga yang lari marathon sambil gelak2. aduyaiii. 

4) Bertahallul 
Menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut bagi lelaki dan wanita. Ha dekat rukun yang ini la membebaskan diri kita daripada segala pantang larang yang kita jaga start dari niat waktu dalam ihram tadi. So bila da settle kesemua rukun ni dan da lepas dari pantang larang ihram, boleh la turun semula ke kaabah bagi sesape yang berhajat nak menyentuh dan mencium hajarul aswad.

5) Tertib
Tertib ni seperti mana yang kita tahu maksudnya mengikut susunan dan aturan yang telah ditetapkan. Perkara yang dahulu, kena dahulukan, yang kemudian kena kemudian kan. Pendek kata, xboleh la nak langkah rukun seterusnya kalau rukun sebelum tu tak settle lagi. 


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Bagi sesiapa yang tidak berkemampuan untuk solat berdiri, boleh je ambik kerusi ni, ada je dkt mana-mana sudut. Mana yang sihat sempurna boleh berdiri utk solat, tak perlu la gatai2 nak ambik! rugi kalau kau tak dapat cecahkan dahi kau dekat masjid nabawi dan masjidilharam tau. Hilang nikmat sujud tu.

Rak-rak Al-Quran pun ada dimana-mana. Kebanyakan Alquran2 disini wakaf, dan kau pun boleh beli alquran2 dikedai sana, minta cop "Waqaf Lillahitaala" dan letak di rak-rak yang ada. Bila org ambil dan baca alquran yang kau waqafkan ni, in sha Allah pahala terus-menerus dapat dekat kau, itu pun kalau kau rajin baca alquran la, kalau kau tak rajin mengaji ntah2 xd sape nak baca alquran yang kau waqafkan ni (Mak aku kata, haha)

Dekat sana, tiap hari dan tiap masa kau boleh minum air zam-zam, tak gaduh da nak cari sebab setiap tempat ada je air zam-zam ni dalam masjid. Ada yang cold and not cold.
Lupa nak rotate gambar ni. ok ni plastik untuk kasut. sebelum nak masuk masjidil haram, plastik ni ada disediakan. Masuk kasut dalam ni dan bawak kemana pun kau pergi untuk buat umrah. Ya, memang boleh kau nak letak dan tinggalkan dekat rak-rak kasut yang ada tapi risau kalau kau lupa pintu berapa yang kau masuk masjid tadi. Nanti kau keluar masjid ikut pintu lain mula la kau kata kasut hilang kena curi, walhal kau xikut pintu yang sama waktu masuk masjid tadi. Pintu masjid sana banyakk sangatt! 
Jangan risau tentang tandas! tandas di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sangat besar dan bersih. Nak ambil wudhu' hati-hati dengan barang2 anda ok =) Even di tanah suci masih ada juga manusia yang kurang elok perangainya.


ZIARAH DALAM DAN LUAR MASJIDILHARAM

 Disebalik construction yang meyesakkan pandangan, ada kaabah disana

Sempat tengok sisa kren yang tumbang hari tu. Keluar pintu marwah nampak da kren ni
 




Aiskrim 2 Riyal dekat Jabal Rahmah 
Ladang unta
Tapak kelahiran Rasulullah. Sekarang da dijadikan Maktabatt (Library)

Sedikit tazkirah dari Ustaz Ali 

Video waktu nak balik ke hotel dari masjidilharam.
Meriah kedai2 dekat sana =)

MAKANAN & MINUMAN

Makan dan minum pun jangan risau okey =) dekat cafe hotel tu kebiasaanya orang Indonesia yang sediakan, so masakan memang selera orang Malaysia. Tempei pun ado. 

 Setakat ni kami suka beli air jenama "nadec". 
Pehh sedap pekat je rasanya. 3 Riyal tak silap.

Cuba teka coklat ni ala2 coklat apa yang ada dekat Malaysia??
bukan coklat Cadbury ok! Ala2 coklat DOVE. rasanya pun sama macam DOVE, 
cuma ni namanya GALAXY. sekotak 30 Riyal. Dove ada jual dekat shell, petronas atau mana2 mall, cuba la beli dan rasa tau.

BERHATI-HATI!
Ntah kenapa kali ni kami tiba-tiba nak guna laundry service pulak. Selalu kami basuh guna tangan je baju2 kami. Nahhh sekali kena 300 Riyal, diorang kira sehelai baju tu 10 riyal, ingatkan guna timbang. So, kena berhati2 lepas ni ye, cukupla sekali da kena mcm ni =)

KESIMPULANNYA
Bila ada rezeki untuk jejak kaki disana:

1) Ilmu kena ada. 
Jangan pergi tanpa ilmu berkaitan rukun2, pantang larang dan hukum2 yang ada. Sebelum pergi ke sana attend dulu kursus yang agensi anjurkan! Ya, memang time kursus, ustaz tu cakap la apa pun, terangkan la mcm mana pun, kita memang xkan nampak kalau utk yang pertama kali tu. Teori mungkin kita boleh faham, tapi secara praktikalnya kita akan rasa blur lagi. Tapi jangan risau, selalunya sampai sana mutawwif akan guide jemaah2 ni.

2) Rebut peluang untuk solat 5 waktu di masjid
Kita datang dari jauh dan bukan senang nak dapat peluang macam ni kan, so tak kan la kau nk solat dekat hotel je kan. Selagi terdaya, pergila masjid. Kalau da tak mampu, sakit pinggang n kaki sangat, ok solat la di bilik hotel =) tiada paksaan.

3) Semua mazhab akan ada disana
So jangan terkejut bila jemaah yang solat sebelah kau pelbagai jenis cara solatnya =) selagi mereka hormat mazhab kita, kita pun kena hormat mazhab mereka. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, cara solat mazhab shafie ni la aku rasa paling sopan dan cantik sangat. Aku pernah solat sebelah jemaah syiah barangkali, tepuk peha 3x. Means laknat 3 sahabat Nabi. Allah =( Esoknya terus pilih saf yang serumpun, kira saf tu mcm ramai Indonesia n Malaysia, tidakla rasa terganggu sangat, nak dapat kusyuk dalam solat bukan senang oo, sedangkan solat sorang2 pun boleh melayang2 fikiran, ni kan pulak sebelah jemaah berlainan mazhab.

4) Hati, percakapan, perbuatan mesti kena jaga
Jangan main lepas je ckp dekat sana, jangan meninggi diri. kita dekat sana semua sama, xd pangkat2 dato datin semua. semua sama! hamba, pendosa..

5) Ubat untuk tahan period bagi wanita
Memang xd soalan lain yang akan keluar dari mulut2 jemaah yang lain bilamana mereka tengok kau tak turun2 pergi masjid, "tak ambik ubat tahan period ke?". Aku rasa tak perlu ambil la ubat-ubat untuk tahan period. seolah-olah macam kau menahan aturan Allah yang DIA da tetapkan dalam badan kau. Mana boleh kau da nak pergi baru kau nak makan ubat tahan period ni, kesian sistem dalam badan kau! kelam kabut jadinya. kau kena fikir, kalau tak da rezeki nak sujud dekat Masjid Nabawi or Masjidil Haram, in sha Allah ada rezeki lain Allah jemput. Pada yang da berkahwin dan tiada anak pulak takut ubat2 tahan ni bawa kesan. Ada cerita sorang akak ni dia makan ubat tu, tiba2 ada 1hari ni dia terlupa makan ubat tu,  keluar banyak sangat time tu juga dan dia mengadu nangis2 tentang perkara ni, tapi benda ni terpulang la pada individu, kalau nak ambil, ambil je la =)

6) Doa Mustajab
Ya, akan ada setengah doa yang kau doa dekat sana, kejap2 tu juga Allah akan makbulkan, In sha Allah. Aku merasainya =) Indah! lepas tu senyum sorang2. 

Dekat sana kau akan rasa dekatnya dengan Allah, automatik kau menjaga sangat diri kau supaya tak buat dosa seperti mana kau, aku dan mereka tanpa segan silu buat apa2 dosa kecil mahupun besar di Malaysia. 

Ok setakat ni saja, maaf jika ada yang terkurang. Untuk kali ni aku tak sempat nak tulis or catat dekat mana2 buku tentang perjalanan dari awal sampai akhir. huhu. Gambar-gambar yang cantik kebanyakannya ada di kamera lagi satu n bila balik Malaysia, memory tu rosakk! corrupt, hilang terus gambar-gambar dalam tu. Redhakan aje.

Akhir sekali, sebelum gerak ke Airport Jeddah utk pulang Malaysia, jemaah dibawa ke Masjid Ar Rahmah, depannya ada laut merah. 




 


Semoga ini bukan kembara hati yang terakhir!
~~~~~~~~~












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...