Background

Sunday, 28 February 2016

Hiking 1.0

Bukit Lepoh, Hulu Langat
27/02/2016

Bismillahirrahmanirrahim kami mulakan
Semoga pendakian kami
sentiasa dibawah lindunganMu
Ya Allah.

-----------
Bukit Lepoh atau boleh juga dikenali dengan Air Terjun Lepoh
terletak di Kampung Pangsun, Hulu Langat Selangor.
-----------
Parking kereta dijaga oleh orang sana
Jadi kena bayar dalam RM5.00 tak silap la.
Sebelum naik kena tulis nama dekat 1 pondok ni
supaya kalau jadi apa2 at least orang bawah da dimaklumkan
dengan aktiviti kami ni
(In sha Allah, semoga semuanya berjalan lancar)
-----------
Dalam itenary yang kawan aku buat ni
Pukul 8.30 pagi kami da start hiking
"Ready To Dare Yourself"
"Flag Off For Hiking"
Katanyaaa laaa..
TAPI
Memandangkan manusia2 ini mengaplikasikan
tabiat janji melayu, maka terhasillah manusia
yang tidak menepati masa!
Hahaha maaf weyh aku ngata kome
-----------
Kami start naik pukul 9.30 pagi
dan sampai atas dalam pukul 11.30 pagi
Ambil masa kira-kira 2jam + untuk naik saja
Mungkin kami kerap berhenti
-----------
Alhamdulillah sampai atas
Rehat2 dulu, masak2 dulu
Mana yang nak mandi, dipersilakan
nak buat sliding water pun boleh
asalkan ko mempunyai 
1) keberanian, 
2) keyakinan 
3) skill
 nak slide kebawah
Kalau tak da 3 ni, baik ko lupakan angan ko nak slide!
Hahaha
-----------
Kepayahan trekking aku rasa sederhana
Banyak landai tapi ada certain part yang perlu hiking sikit
Waktu tu kembang kuncup hidung ko tarik nafas
rasa macam tak cukup oksigen.
-----------
Dalam pukul 2.00 petang kami siap2 kemas untuk turun
Al maklumla kami kaum hawa ni nak ngejo waktu zohor
So, waktu turun kami tak banyak berhenti
Dalam 3.30 petang sampai bawah
ambik masa 1jam + jam turun
-----------
Jom layan gambar2 hiking 1.0 kami

Hajar jadi cinderella di tengah2 hutan, huhu. 
Tapak kasut dua2 tercabut

Nasib la sang mereka2 ni kreatif buat dalam apa cara sekalipun untuk bagi lekat tapak dengan kasut hajar, haha.

Arep dengan hadek2 sekolah rendah =)
Ok sesampai je atas sana, kaum hawa mulakan aktiviti bergosip dulu. Haha I'm kidding.
Herot2 mulut aku haa, tgh makan tu. 
Ramai dekat atas waktu kami sampai sana,pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan  student UM 
Tadaaa..! haa ajenye rajin kwn2 aku ni siap bawak kuali naik atas.
Habib antara salah sorang yang tolong masak untuk kami2 yang kelaparan ni. Haha
Bebeno rupenya kupas kulit kentang, haha.
Eh..Arep pun tolong masak juga laa. 
Solat jangan lupa weyhh. 
Psst : sory kamu dan kamu, ambik gambar curi2 ni dan tak kenal pun sape. hoho
Alhamdulillah selamat tiba di bawah  

Besarnya muka ko amar!

Nak lebih info tentang tempat ni
boleh contact sini k!


Click link sini pun boleh

Blogspot 

Facebook 


Psst :
Kadang2 kita perlu wujudkan hobi baru
untuk lupakan perkara-perkara yang tak perlu
lagi dalam hidup!
Sungguh kau kina
 haha
------------------------------------------------------









Monday, 8 February 2016

Lafaz yang tersimpan



Assalamualaikum


Entry kali ni mengenai "perasaan yang bercampur baur"
Ok siap sedia untuk membaca entry sakinah yang mengarut =)
----
Minggu ni
Ramai kawan2 mendirikan rumahtangga
Tahniah awak, awak & awak!
Semoga rumahtangga anda semua 
sentiasa dibawah Rahmah, Kasih Sayang  Allah
----
Terkadang ada timbul kata-kata dalam hati
"Mudahnya laluan mereka dalam urusan jodoh"
Tipu kalau kau kata tak terlintas sikit pun dalam hati
"jodoh aku sampai pada umur berapa agaknya"
----
Ya, Ada seringkali soalan tu timbul
bila kau attend majlis kawan2 kau kahwin
dan soalan itu HANYA TIMBUL bila kau attend majlis
(ok saja diulang lagi)
----
Dan bila lama kau tak attend majlis kawan2 kau
ada masanya terlintas dekat hati
 kalau TAK KAHWIN pun tak pe kot eh
kau boleh kumpul duit, kau travel! 
kau bawak mak ayah kau sekali!
----
Ada ketikanya rasa REDHA tu datang
"ada, ada la.. kalau tak da pun tak pe"
apakah ini S.A.K.I.N.A.H?
kesan daripada pengalaman lepas barangkali
----
TAPI
Jika kau ada rezeki dikurniakan 
jodoh atas muka bumi ni
Walau siapa pun dia
kau perlu sambut dengan sujud penuh kesyukuran!
----
Sekarang ni yang penting
kau kena sibukkan diri kau dengan 
perkara-perkara yang mampu
buat kau lupa tentang jodoh!
Dapatkan kerja dulu
kasi hidup kau stabil 
----
Kahwin muda tu bagus
Tapi tak semua orang bersedia untuk kahwin muda
Allah tahu yang terbaik
sebab tu DIA pastikan kau betul2 da sedia
nak pikul 1tanggungjawab dan amanah
satu hari nanti.

psst : target 28 atau 30!
Indeed Allah is the best planner =)


Meh hakak belanja beberapa pic 2014 yang ada kaitan dengan entry atas ye.

 Ni "projek kawen" yang dikendalikan oleh kawan hakak satu ketika dahulu. Bila kawan sendiri yang handle, maka beginilah gambar yang terhasil, banyak ngekek ngokeknya (gelak2) derr, al maklumlah, kami bukan pro nk posing2 ni. Alhamdulillah sorang kawan hakak tu da kahwin =)

Ok ni pic paling melampau ngekeknya =) 
ntah apa diseronokkan waktu tu pun aku tak tahu. haha
kihkih =)

Ok2 kali ni posing kena serius, acah2 model pengantin katanya!





Kawan hakak yang ni la handle projek ni, merangkap photographer kami. haha

Kalau kome baca entri aku ni, mesti kome rasa 
"eeee apa yang kita buat ni kome, tak tentu kire rupanya"

Rindunya pada kome oiiii!!

     
Hakikat kebahagian sebenar bila kau mengingati 
Allah pada waktu susah dan senang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...