D.I.A.M
Usah gusar jika kamu dilabel "budak pendiam"
Kalau orang menghina kita, bukan kita yang terhina
yang sebenarnya orang itu yang menghina dirinya sendiri..!
Bila bersuara, dikatakan melenting
Bila bercakap, dikatakan mengalami tekanan
pelbagai anggapan, sangkaan buruk dikeluarkan
kita xmampu nk menutup mulut orang2 mcm ni
bagi mereka, hanya mereka yang benar
kerana mereka sudah besar barangkali
kerana mereka sudah mempunyai lebih pengalaman mungkin
kerana mereka sudah tinggi ilmunya didada..tapi perlukah semua ini
hanya untuk menyakiti sesama sendiri..?
Mungkin kita perlu diam sahaja untuk berhadapan dengan orang2 yang sudah besar,
sudah banyak pengalamannya dan sudah tinggi ilmu di dada barangkali tetapi adab berbicara,
berkomunikasi sesama kita mungkin terlepas pandang dalam menjalani kehidupan seharian..
dipandang enteng perkara sekecil2 kuman yang membawa kesan yang besar dalam
sesebuah perhubungan! xperlu sindir menyindir, xperlu hangat perangat yang boleh membuatkan
sebelah pihak bergaduh, bermasam muka sesama kita..
* HIKMAH DIAM *
- Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
- Perhiasan tanpa berhias
- Kehebatan tanpa kerajaan
- Benteng tanpa pagar
- Istirehat bagi kedua malaikat pencatit amal
- Menutupi segala aib
Mereka berbicara setiap masa, mungkin ada yang mengembirakan, mungkin ada juga yang
menyakitkan..Mereka tidak sedar apa yag dibicarakan, asalkan mereka hebat dalam berbicara!
No comments:
Post a Comment