Bismillahirrahmanirrahim
Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15
Sya'ban. Ianya hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke
langit dan di ganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan
dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib,
(15syaaban bermula pada 14hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)
~~~~~
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan
sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian
aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku
dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu
daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada
kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat
menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada
malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada
malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun
merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke
langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon
keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon
rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan
mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya.
Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan
mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.