Background

Thursday, 5 July 2012

Nisfu Syaaban


Bismillahirrahmanirrahim



Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 

Sya'banIanya hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke

langit dan di ganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan

dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 

(15syaaban bermula pada 14hb syaaban sebaik sahaja masuk maghrib)

 ~~~~~




“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan 


sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian 


aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku 


dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu 


daripada apa yg akan diturunkan dan aku  pohonkan keredhaanMu daripada 


kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat 


menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”



Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada 


malam kemuliaan  nisfu syaaban  dengan sabdanya :



Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada 


malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun 


merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke


 langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon


 keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon 


rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan

mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. 


Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan 


mereka yang begini sehinggalah terbit Fajar “.







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...