Background

Saturday, 7 December 2013

Sesungguhnya..



...CINTA ITU MILIK ALLAH...

 ALLAH ingin MANUSIA sedar bahawa cinta kepada seseorang yang bukan halal bagi kita lambat laun pastinya akan pudar..Maka ukirkanlah senyumanmu untuk ujian ini, yang pastinya sedikit sebanyak memberi 1 kelebihan dalam diri kamu SAKINAHASHIM :) selagi kita bersangka baik pada Allah, selagi itulah tidak ada perkataan "kecewa" dalam hidup ini (peringatan untuk diri sendiri yg leka dgn dunia). 

psst: doakan semoga aku istiqomah dalam hijrah utk hari2 yang mendatang!

Tuesday, 3 December 2013

.....kisahnya....

Bismillahirrahmanirrahim

"Sesungguhnya tiap kesukaran disertai kemudahan"

Sehebat mana perancangan manusia, HEBAT lagi rupanya perancangan Yang Maha Esa.
Sungguh! Bukan kita yang memegang hati manusia ini, apatah lagi memegang hati orang yang kita sayang TETAPI ALLAH lah yang memegang hati setiap hamba yang ada atas muka bumi ini. 

Setiap manusia Allah ciptakan ada kebahagiaannya masing-masing, ada rezekinya masing-masing, cuma bagaimana kita ingin mendapatkannya itu bergantung pada diri sendiri atas takdir Allah. Tidak semua orang kuat untuk menghadapi perkara seperti ini, yang melibatkan perasaan berkasih sayang sesama manusia. Bayangkanlah! kita telah memiliki apa yang kita inginkan dari angan dan impian. kita hampir sampai pada apa yang kita dambakan, tetapi dalam sekelip mata semua yang kita miliki tiba-tiba hilang begitu sahaja. Ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk kita terima TETAPI bila kita BERSANGKA BAIK kepada Allah, kita akan meredhakan apa yang terjadi kepada diri kita. Allah itu adalah sebaik-baik perancang!

Ingatan untuk diri sendiri yang kadangkala alpa dengan urusan dunia. Kebiasaannya, sesuatu perkara yang sangat diharapkan itu kadang-kadang akan melahirkan kegelisahan serta kesedihan! Adakalanya akal terbeban oleh 2genggaman yang berbeza sebagai ganti dari dibebani oleh 1genggaman. Genggaman lebih kuat yang terjadi MASA LALU akan mengalahkan genggaman MASA KINI. Maka disaat itu, kekuatan diri untuk berdiri, untuk bertahan, untuk menerima, untuk belajar segala apa yang telah terjadi WAJIB ada dalam diri kita. Disaat itu juga, mintalah KEKUATAN DIRI dari Yang Maha Esa! Sungguh, kita tidak akan kuat melalui hari-hari selepas ini tanpa pertolonganNYA. (Maafkan aku Ya Allah, sekiranya aku pernah membelakangi diriMu satu ketika dahulu)

"Perempuan yang kuat itu ialah apabila hatinya hancur, berderai tanpa mampu dicantumkan semula, dia berusaha untuk bangun kembali, berdiri teguh menjalani kehidupan yang penuh ranjau dengan senyuman yang indah. Bukan untuk menunjukkan dirinya kuat, tetapi untuk memujuk HATINYA lara bahawa KEYAKINANNYA, KEPERCAYAANYA DAN TAKDIR HIDUPNYA semuanya dalam GENGGAMAN YANG MAHA MENGETAHUI & MAHA PENYAYANG"

Alasan apakah untuk memanjangkan kesedihan kamu wahai SAKINAHASHIM? :)
Tersenyumlah untuk terus hidup! bersikap optimislah dengan apa yang telah terjadi. Dan harus diingatkan bahawa tidaklah sesuatu ujian yang Allah ciptakan itu tanpa ada terselit perkataan "Hikmah". Ada hikmah atau yang lebih baik utk kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa. Kesedihan tidak akan menjadi penyelesaian kepada sesuatu masalah!

"Sesungguhnya seorang mukmin itu tidak sepatutnya bersedih lama. Kerana dia ada Allah disisinya. Dan kesedihan bukanlah cara seorang hamba Allah mengabdikan diri kepadaNya"


"Kekuatan itu terletaknya di hati"

Friday, 29 November 2013

Jadilah KAMU wanita paling Bahagia!



Kita pernah "DILUKAI" dan kita juga pernah "MELUKAI"
Tapi dari situ kita BELAJAR bagaimana CARA MENGHARGAI, BERKORBAN SERTA MEMERHATI

Kita pernah "DIBOHONGI" & barangkali kita pun pernah "MEMBOHONGI"
Tapi dari situ kita BELAJAR bagaimana SAKITNYA rasa dibohongi dan tentang KEJUJURAN.

Andaikan kata kita tidak pernah melakukan KESALAHAN dalam hidup ini
MUNGKIN kita TIDAK PERNAH BELAJAR erti diri "MEMINTA MAAF & MEMBERI MAAF".

Setiap WAKTU yang telah kita HABISKAN dalam hidup ini TIDAK akan TERULANG kembali
Namun ada 1 hal yang masih boleh kita lakukan
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.




Hidup adalah PROSES..

Hidup adalah BELAJAR..

Tanpa ada BATAS UMUR..


Tanpa ada KATA TUA..


JATUH, berdiri lagi..


KALAH, mencuba lagi..


GAGAL, bangkit lagi..


Sampai ALLAH MEMANGGIL:


"Waktu PULANG" 















Saturday, 15 June 2013

Angin2 stress

WELCOME EXAMINATION STRESS...! 
ouchh final exam got me little stressed right now
So, siapa2 yang ada kena marah, maap yo!
angin2 stress awok ni udah tiba
ada je yang xkena..





-Ni la simptom2 stress bila da nk exam, insomnia tu yg utama!-

Bismillahirrahmanirrahim

Permudahkan peperiksaan aku Ya Allah!



Saturday, 25 May 2013

kamu! Tahniah ya..

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Selamat Pengantin Baru kamuuu

Tahniah!

Nurul Shuhada Junid & Suami

Barakallahulakum wabarakaalaikum
-semoga Allah memberkati kamu & melimbahkan berkat kepada kamu-




*mcm reunion lak*




huhu sedih ckit bila kawan yg agak rapat, slalu kua sama2 ngukur kg gajah tibe2 da kahwin..pas ni ada sape2 x nk teman aku lagi??hoho..pape pun, bersyukur dan tahniah atas majlis perkahwinan kamu shuhada..semoga menjalani kehidupan rumahtangga yang sentiasa mendapat keredhaan Allah..!amin..gembira untuk kamu shada

Sunday, 5 May 2013

Pilihanraya Malaysia 2013

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Maka secara rasminya Pusat Pengundian ditutup! PadaMu sahaja kami berharap akan kemenangan serta tertegaknya semula cara hidup berlandaskan Islam di negara ini..! Makin canggih kita berteknologi, pembangunan serta kemajuan, sedar tak sedar makin jauh rupanya diri kita dengan agama ini (Ingatan utk diri juga). Untuk pertama kalinya aku keluar mengundi hari ini..macam nak raya pulak, tapi perasaan untuk mengundi ni lagi hebat dari perasaan utk hari raya..! debo pun ada rasanya, tapi apa-apa pun Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata, semoga apa dipilih adalah yang terbaik utk menjadi pemimpin yang membawa kita  ke arah kebaikan, bersih dari segalanya..amin inshaallah! Jom, kita layan ckit gambar2 kami..

Calon Parlimen P73 Pasir Salak
Saudara Mustafa Kamil Ayub
Gigih tak kami p bergambo dengan calon? haha

Excited beno rupanya dapat mengundi ye kome



Walau siapa pun  yang memerintah, 
ingat! kelak kepimpinan itu akan ditanya dihadapan Allah..



Saturday, 20 April 2013

PRU13

PENAMAAN CALON PRU13



PARLIMEN P73 PASIR SALAK

Sdra Mustafa Kamil Ayub (PKR)
Dato Tajuddin Rahman (BN)


 DUN N49 KAMPUNG GAJAH

DRs Ishak Shaari (PAS)
Tn Haji Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN)



Hari ini proses penamaan calon berjalan dengan lancar! tiada timbul sebarang provokasi daripada kedua2 pihak (pssst: sebabnya di asingkan ketika perarakan) PR melalui jalan RPA dan BN melalui jalan besar untuk menuju ke Pej Daerah..Dari 2jalan yang berbeza dan bertemu di 1tempat yang sama..Jom tgk2 gambar untuk hari ini sekitar Kampung Gajah..







Gembirakanlah hati dengan doa yang dipanjatkan seluruh alam untuk para pejuang kebenaran. Malaikat tidak putus mencatat amal-amal kebaikan yang ikhlas. 




Credit to : JKKK FanClub



Friday, 22 February 2013


HIDUP KITA BUKAN NAK PENUHKAN APA YANG KITA INGINKAN
TAPI
HIDUP KITA NAK PENUHKAN APA YANG ALLAH MAHUKAN

~Salam Penghulu Segala Hari~

Thursday, 7 February 2013

Apalah Ada Pada Rupa Paras..

Riwayat: Muslim

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.”

Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.

Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.

Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya.

Wednesday, 23 January 2013

Saturday, 12 January 2013


MANDI SEBELUM SUBUH  DAPAT MENYIHATKAN BADAN



Al-Quran ada mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan :


1. Mandi pagi sebelum subuh atau paling tidak sejam sebelum matahari naik. Angin dingin yang meresap ke dalam badan mampu mengurangi lemak mengumpul. 


2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Inshaallah jauh dari penyakit.


3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya 1minit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala/migrain. Ini terbukti oleh ilmuwan yang meneliti kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ilmuwan telah menemukan beberapa milimiter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Dilarang makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion +ve sedangkan  dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam ayam bercampur dengan ikan maka terjadi reaksi biokimia yang terhasil yang bisa merosak usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan & bila habis harus menjilat jari. begitu juga ilmuwan telah menemukan bahawa enzyme banyak terkandung dicelah jari iaitu 10x ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat pencerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) 




WallahuAlam

Wednesday, 9 January 2013

Harapan



ManusiaHanyaPandaiBagiHarapan
TapiALLAHSiapTunaikanSegalaHarapan

~~~


Tuesday, 1 January 2013

~ Nafas Baru ~

2012
 Terima kasih Ya Allah kerana telah mengirimkan segala kisah gembira duka pada tahun 2012. Semoga setiap hela nafasku ada kerahmatan dariNya.  Bagi aku, pada tahun ini  mungkin aku telah melakukan kesilapan besar! kesilapan yang memberi pengajaran & peringatan pada diri bahawa kita juga memerlukan ruang untuk hidup, ruang untuk membuat keputusan sendiri, ruang untuk menentukan apa patut kita lakukan untuk kehidupan kita..Ada masanya memang kita memerlukan pendapat orang sekeliling, tapi kita da kenal dengan diri kita, mungkin hanya kita je tahu keputusan apa yang sesuai dengan diri kita..Hidup memerlukan pilihan, Terkadang pilihan itu sangat sukar untuk dipilih! kalau nak layankan ckp2 org sekeliling sampai bila pun kamu akan rasa jatuh dgn hidup ini..!

Bismillahirrahmanirrahim
2013 membuka lembaran baru, tarik nafas baru (Syukur padaNya kerana xperlu bayar setiap nafas yang kita tarik, bayangkan kalau kena bayar..mmg xmampu nk bayar kan) menanti setiap helaian, setiap babak, kisah kehidupan kita yang belum pasti..Kalut bila masuk tahun baru kan, masing2 nak ada azam & matlamat baru..Nak cipta azam baru memang la senang, cakap & tulis di kertas (aku la tu selalu buat) tapi dalam proses nak laksanakan tu, fuhhh... (paham2 aje, hehe) semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun2 sebelum ni..segala kesilapan lalu aku xnak ulanginya lagi, inshaAllah..Allah itu Maha Adil, setiap orang ada rezekinya masing-masing, mungkin cepat mungkin lambat..fikirlah positif! tinggalkan negatif..Akhir kalam, maafkan diri ini yang tidak sempurna penuh cela..

IHFAZILLAH YAHFAZKA
~ KITA JAGA ALLAH, ALLAH JAGA KITA ~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...