Terima kasih Ya Allah kerana telah mengirimkan segala kisah gembira duka pada tahun 2012. Semoga setiap hela nafasku ada kerahmatan dariNya. Bagi aku, pada tahun ini mungkin aku telah melakukan kesilapan besar! kesilapan yang memberi pengajaran & peringatan pada diri bahawa kita juga memerlukan ruang untuk hidup, ruang untuk membuat keputusan sendiri, ruang untuk menentukan apa patut kita lakukan untuk kehidupan kita..Ada masanya memang kita memerlukan pendapat orang sekeliling, tapi kita da kenal dengan diri kita, mungkin hanya kita je tahu keputusan apa yang sesuai dengan diri kita..Hidup memerlukan pilihan, Terkadang pilihan itu sangat sukar untuk dipilih! kalau nak layankan ckp2 org sekeliling sampai bila pun kamu akan rasa jatuh dgn hidup ini..!
Bismillahirrahmanirrahim
2013 membuka lembaran baru, tarik nafas baru (Syukur padaNya kerana xperlu bayar setiap nafas yang kita tarik, bayangkan kalau kena bayar..mmg xmampu nk bayar kan) menanti setiap helaian, setiap babak, kisah kehidupan kita yang belum pasti..Kalut bila masuk tahun baru kan, masing2 nak ada azam & matlamat baru..Nak cipta azam baru memang la senang, cakap & tulis di kertas (aku la tu selalu buat) tapi dalam proses nak laksanakan tu, fuhhh... (paham2 aje, hehe) semoga tahun 2013 ini lebih baik dari tahun2 sebelum ni..segala kesilapan lalu aku xnak ulanginya lagi, inshaAllah..Allah itu Maha Adil, setiap orang ada rezekinya masing-masing, mungkin cepat mungkin lambat..fikirlah positif! tinggalkan negatif..Akhir kalam, maafkan diri ini yang tidak sempurna penuh cela..
No comments:
Post a Comment