Bismillahi Allahu Akbar
Benar kata orang, jika ada peluang utk menjejakkan kaki ke tanah suci bagi menunaikan haji atau umrah, pergilah, jangan disia-siakan! sementara kita masih ada tenaga sekarang, sementara kita masih ada kekuatan dari segi fizikal dan mental, sementara kita masih muda..Perjalanan yang cukup mencabar tetapi allah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda, syurga itu mahal jadi ujiannya pun memerlukan kesabaran yang tinggi..! sama-samalah kita berdoa semoga suatu masa nanti kita akan menjadi TETAMU ALLAH juga. Ramai sungguh umat mu Ya Rasulullah, dari pelbagai ragam kita boleh lihat. ustaz yang membimbing kami telah 30tahun tinggal di Kota Makkah berkata umrah kali ini sangat ramai orangnya, seolah-olah macam haji.. :) Kita masih mampu tersenyum, inilah ujian yang pertama, KESABARAN! bukan kita sahaja umat Nabi Muhammad, tetapi masih ramai lagi diluar sana.
Disana, semua orang sama saja disisi Allah, tinggalkan pangkat kamu! kamu hanya insan yang penuh dengan dosa dan hina..itulah tujuan kita pergi menunaikan umrah atau haji iaitu ingin beribadah kepadaNYA dan menyucikan dosa-dosa yang selama ini kita lakukan dengan sengaja mahupun tidak. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa yang aku lakukan selama ini, sesungguhnya aku MANUSIA yang kotor dengan dosa. ok jom scroll lagi utk tengok rencana atau aktiviti yang kami lakukan sepanjang berada di bumi anbiya, bumi yang penuh barakah!
01/02/2014 (Sabtu)
- 9 jam! alhamdulillah selamat tiba di King Abdul Aziz International Airport (kaia) Jeddah pada pukul 4 pm waktu arab saudi. Gerak dari Malaysia pada pukul 12 pm. Perbezaan waktu Malaysia dan Arab Saudi lebih kurang 5jam. Pergi siang, sampai sana pun siang, padahal 9jam dalam perut kapal terbang. Sepanjang perjalanan ke sana kami disajikan dengan permandangan yang tidak pernah lihat dan kali pertama lihat depan mata, iaitu padang pasir dan juga rumah2 kotak yang hampir keseluruhannya tiada bumbung seperti rumah2 kita, ini kerana mungkin mereka jarang hujan. Sebaik saja tiba di KAIA Jeddah, kami dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke KOTA MADINAH MUNAWWARAH. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6jam untuk tiba di Madinah.

04/02/2014 (Selasa)
- Ya Allah, jemputlah hambamu ini lagi, Ya Rasulullah panggilah aku lagi untuk dekat denganmu pada masa akan datang. Sungguh! aku sedih kerana tidak berpeluang untuk berada di raudhah mu, aku tidak berpeluang untuk mencecahkan dahi ke lantai Masjid Nabawi ini. Mungkin kali ini bukan rezeki aku, mungkin juga Allah ingin menyimpan aku sebagai tetamunya pada masa akan datang, amin In Sha Allah! Hari ni hari terakhir kami berada di Madinah Al-Munawwarah ini, ziarah wida' kami akhiri, kami pulang dulu duhai Kekasih Allah, Assalamualayka Ya Rasulullah. Jika Rasulullah tidak memanggil aku didunia, panggillah aku di akhirat kelak, berilah kami syafaatmu Ya Rasulullah. Bergerak ke Mekah pada pukul 3 petang. Pada ketika ini, jemaah telah siap memakai pakaian ihram dan akan singgah di Miqat Bir Ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah, ini kerana sebaik tiba saja di Mekah, jemaah akan terus melakukan UMRAH PERTAMA.
- Kami tiba di Mekah pada pukul 10 malam. Perjalanan mengambil masa 7jam. Sebaik tiba di hotel (Abu Amira), kami diberi makan terlebih dahulu dan tepat pada pukul 12 tengah malam, jemaah dikehendaki berkumpul dan terus dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah yang pertama. MasyaAllah Tabarakallah! keseronokan untuk menjejak kaki ke Masjidil Haram melebihi dari kepenatan yang berada didalam bas berjam lamanya. hilang segala penat yang ada. Sungguh!rumahmu lah yang paling indah walaupun sekarang ini pelbagai construction sedang dilakukan.
05/02/2015 (Rabu)
Gerak ke tanah halal, bermiqat disana iaitu di Masjid Tanaim, tempat yang paling dekat dengan Kota Makkah. Lafaz niat disana dan balik semula ke tanah haram untuk melakukan UMRAH KEDUA.

02/02/2014 (Ahad)
-Subuh di Kota Keamanan & Ketenangan iaitu di Madinah, SubhanAllah indah ciptaanMu! Cuaca di Madinah agak sejuk, pagi2 lebih kurang 24-27c, cramp2 perut rasanya. Tapi aku menikmati kesejukan itu selagi dapat merasainya kerana aku ni jarang sgt sejuk, selalu panas je..hehe..aktiviti di hari kedua ialah menziarahi makam Rasulullah dan sahabat Baginda Saidina Abu Bakar as Siddik dan Saidina Umar Al-Khattab serta perkuburan Baqi'. Assalamu alaiyka Ya Rasulullah. Walau jasadmu jauh dimata, walau kita tidak pernah bertemu sapa, tetapi hati kami masih ingin dekat denganmu, hati kami masih mencintaimu, mengasihimu dan merinduimu, in sha Allah! 24tahun, terlalu rindu untuk menziarahimu Ya Rasulullah. Sesungguhnya kami umat yang sudah terlalu jauh denganmu, terlalu jauh dengan sunnahmu.
Ya Rasulullah, Ya Yasin, Ya Mudassir, meskipun kami jauh dengan jasadmu, tetapi kasih sayang kami padamu barangkali makin mendalam, rindu yang membuak-buak padamu! Semoga dengan ziarah ini, mudah-mudahan kami mendapat 'tiket' serta Rasulullah akan menarik kami-kami ini untuk masuk ke Syurga Allah dan diberi syafaat di akhirat kelak, in sha Allah. Bagi sesiapa yang berpeluang untuk solat di Masjidil Nabawi, carilah masa untuk masuk ke Raudah (Taman-taman syurga) berdekatan dengan Makam Nabi Muhammad. Tetapi bukanlah mudah untuk pergi Raudah melainkan dengan kehendak ALLAH, dengan Bantuan ALLAH! In sha Allah segalanya dipermudahkan. Rabbi Yassir Wala Tuassir.
-Makam Rasulullah S.A.W-
-Perkuburan Baqi' (Hanya lelaki dibenarkan masuk)-
03/02/2014 (Isnin)
- Seawal 6.30 am kami dikehendaki berkumpul di lobi hotel untuk dibawa ziarah ke tempat-tempat yang bersejarah sekitar Madinah Al-Munawwarah.
1) Masjid Quba'
-Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah s.a.w atas dasar ketakwaan pada tahun 1 hijriyah bersamaan 622 Masihi di Quba. Masjid yang batu batanya dipikul oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Ada sebuah riwayat Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bila mengunjungi masjid ini untuk solat, pahalanya sama seperti mengerjakan umrah. Riwayat tersebut ada ditampalkan pada dinding masjid ini.
2) Masjid Qiblatain
-Masjid yang memiliki dua arah kiblat. Ini kerana pernah terjadi suatu peristiwa dimana wahyu diturunkan pada hari isnin, bulan rejab tahun ke2 hijriyah, ketika Nabi Muhammad sedang melakukan solat zohor berkiblatkan ke Masjid Al Aqsa, Palestin. Setelah turun ayat tersebut, Rasulullah menghentikan seketika solatnya dan kemudian membalikkan badan dan meneruskan kembali dengan mengubah arah kiblatnya ke Kaabah di MasjidilHaram. (Surah Al-Baqarah ayat 144) Kami tidak singgah disitu tetapi hanya lalu sahaja akibat ketidakcukupan masa.
3) Jabal Uhud
- Seterusnya kami ziarah ke Jabal Uhud Makam Para Syuhada. Di bukit inilah terjadinya perang dasyat antara kaum muslimin melawan kaum musyrikin Mekah. Dalam pertempuran tersebut gugur 70 orang syuhada antaranya Hamzah Bin Abd Muthalib (Bapa Saudara Nabi Muhammad s.a.w). Kecintaan Rasulullah pada para syuhada uhud, membuatkan beliau selalu menziarahinya setiap tahun. Anas Radhiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw memandang ke Uhud sambil bersabda " Sesungguhnya Uhud adalah gunung yang sangat mencintai kita, dan kita pun mencintainya." (HR Muslim:1393)
- Makam Sayyidina Hamzah Bin Abd Muthalib (Paman Rasulullah) dan sepupu Nabi ditanda dengan batu-batu hitam, Makam Syuhada yang lain berada disampingnya tanpa tanda-
04/02/2014 (Selasa)
- Ya Allah, jemputlah hambamu ini lagi, Ya Rasulullah panggilah aku lagi untuk dekat denganmu pada masa akan datang. Sungguh! aku sedih kerana tidak berpeluang untuk berada di raudhah mu, aku tidak berpeluang untuk mencecahkan dahi ke lantai Masjid Nabawi ini. Mungkin kali ini bukan rezeki aku, mungkin juga Allah ingin menyimpan aku sebagai tetamunya pada masa akan datang, amin In Sha Allah! Hari ni hari terakhir kami berada di Madinah Al-Munawwarah ini, ziarah wida' kami akhiri, kami pulang dulu duhai Kekasih Allah, Assalamualayka Ya Rasulullah. Jika Rasulullah tidak memanggil aku didunia, panggillah aku di akhirat kelak, berilah kami syafaatmu Ya Rasulullah. Bergerak ke Mekah pada pukul 3 petang. Pada ketika ini, jemaah telah siap memakai pakaian ihram dan akan singgah di Miqat Bir Ali untuk solat sunat ihram dan berniat umrah, ini kerana sebaik tiba saja di Mekah, jemaah akan terus melakukan UMRAH PERTAMA.
- Kami tiba di Mekah pada pukul 10 malam. Perjalanan mengambil masa 7jam. Sebaik tiba di hotel (Abu Amira), kami diberi makan terlebih dahulu dan tepat pada pukul 12 tengah malam, jemaah dikehendaki berkumpul dan terus dibawa ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah yang pertama. MasyaAllah Tabarakallah! keseronokan untuk menjejak kaki ke Masjidil Haram melebihi dari kepenatan yang berada didalam bas berjam lamanya. hilang segala penat yang ada. Sungguh!rumahmu lah yang paling indah walaupun sekarang ini pelbagai construction sedang dilakukan.
- Waktu Pagi, sekitar Hotel Abu Amira -
- Construction, meruntuhkan hotel-hotel yang lama-
- Pintu King Abdul Aziz, salah satu pintu Masjidil Haram, masuk je pintu ni, turun tangga sikit, terus nampak kaabah, kebiasaannya kami akan masuk pintu ini untuk melakukan tawaf-
Kisahnya gambar ini, kami berada di kawasan tempat solat lelaki (pengasingan lelaki dan wanita) tapi pada waktu ni belum lagi masuk waktu solat, jadi ramai juga kaum hawa yang berada dalam kawasan ini, orang yang berjubah ini kemungkinan adalah orang yang mengiringi imam masjid ini. Kami berpendapat demikian kerana hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan memakai jubah ini (sarung luar tu). Jadi kami menunggu masa untuk dihalau sebenarnya, hehe tapi kami nak tengok bagaimana cara dia menghalau kami :) caranya sopan dan lembut "Bismillah, Ya Hajjah" (sambil isyaratkan tangannya pergi ke sebelah sana)
-Waktu maghrib-
Sebenarnya, Mekah sekarang agak berdebu akibat daripada pembinaan untuk membesarkan lagi kawasan Masjidil Haram dan pembinaan hotel-hotel. Ketika tawaf di Kaabah pada waktu tengahhari akan nampak debu-debu tersebut naik, jika tawaf pada sebelah malam, mungkin kurang kelihatan debunya. Memang digalakkan memakai mask Tetapi dilarang sama sekali untuk memakainya ketika kita berada dalam ihram.
05/02/2015 (Rabu)
Gerak ke tanah halal, bermiqat disana iaitu di Masjid Tanaim, tempat yang paling dekat dengan Kota Makkah. Lafaz niat disana dan balik semula ke tanah haram untuk melakukan UMRAH KEDUA.
6/02/2015 (Khamis)
Ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah dan terus pergi ke Ja'ranah untuk bermiqat disana bagi melakukan UMRAH KETIGA
Jabal Rahmah, Bukit cinta kasih Adam dan Hawa
Permandangan dari atas Jabal Rahmah
Abang ipar
7/02/2015 (Jumaat)
Jumaat di Kota Makkah =) Disaat ini, para jemaah digalakkan pergi awal ke Masjidil Haram untuk mengelakkan solat diluar masjid atau jauh dari masjid, contoh ditepi2 jalan. boleh je nak solat jauh dari masjid, tepi2 jalan tapi rugi la kau datang dari jauh, last2 nk solat tepi2 jalan je, bukan selalu peluang yang kita dapat untuk pergi ke rumah Allah ni, jadi jangan la lengai macam kita selalu buat dekat Malaysia =) dalam pukul 10.30 pagi da boleh jalan kaki gerak ke masjid. Again, bermiqat di Tana'im bagi UMRAH KEEMPAT
8/02/2015 (Sabtu)
Melawat Muzium, ladang unta dan bermiqat di Hudaibiyah. Tawaf kali ni berkesempatan untuk berada berhampiran dengan Makam Nabi Ibrahim (Tapak Kaki), dan masih belum berkesempatan untuk berada hampir dengan Hajarul Aswad kerana keadaan yang sangat sesak, bertolak tolakan.

Sedikit gambaran sekitar kaabah

Makam Nabi Ibrahim (didalamnya terdapat tapak kaki Nabi Ibrahim)
Sumber : Google Image
Bertuahnya kamu kucingggg dok disana!
Ladang Unta
9/02/2015 (Ahad)
Bermiqat di Tana'im
10/02/2015 (Isnin)
Bermiqat di Tana'im. Umrah terakhir. Selepas isya, kami melakukan tawaf wida (setengah orang kata tawaf wada') iaitu tawaf selamat tinggal =( sayunya hati tatkala kita berjalan membelakangi kaabah.
11/02/2015 (Selasa)
9.15 am gerak ke Jeddah. 2 jam. dalam perjalanan singgah sebentar di Masjid Terapung dan Laut Merah. 6.25 petang flight balik Malaysia. Alhamdulillah sampai pada pukul 8.30 pagi.
Nak tahu?
Di Haramain,
-Setiap selepas solat 5 waktu mesti akan disusuli dengan solat jenazah sebab disana sentiasa ada orang yang meninggal dunia.
-Selepas solat tiada bacaan doa.
-Bacaan doa qunut tiada waktu solat subuh.
12 Hari Allah menguji kesabaran kita
12 Hari Allah jalinkan hubungan sesama kita
12 Hari kita rasa terlalu takut untuk melakukan dosa
12 Hari kita rasa terlalu hampir dengan Sang Pencipta
12 Hari kita rasa dekat dengan jasad Kekasih Allah
Mana nak dapat peluang dalam 12 hari ini lagi Ya Allah =(
Semoga ini bukan yang terakhir.
Amin.
Kami pergi dengan agensi
Darul Mubarak Travel & Tour Seri Iskandar, Perak
Boleh click link sini
No comments:
Post a Comment