Background

Monday, 18 January 2016

Destini Anak Bangsa

Assalamulaikum Semua!

Entry kali ni kisah tentang tempat aku berhempas pulas (ye ke ni?) mengutip segala ilmu yang dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah disini. Sejak aku  keluar dari UMT akibat homesick melampau pada tahun 2012, aku tak pernah cerita selepas tu aku dapat sambung degree dekat mana kan. haha. Alhamdulillah, masih ada rezeki Allah simpan utk aku further study selepas aku quit dari UMT. Waktu aku quit dan menganggur 6bulan lagi (kerja sambilan), aku rasa aku loser sangat, nothing! =( sedih ooo. 

Selepas 6bulan baru la aku dapat tawaran sambung dekat IPTA "Destini Anak Bangsa" (Ok pandai2 la faham ye). Kos Record Management. Mesti korang kata ekelehhh kos rekod pun kena belajar2 ke, ahhh peduli ku tidak, aku yang nuntut ilmu bukan kau =). Ilmu dekat dunia ni tak da yang sia-sia, selagi dia dinamakan Ilmu, selagi tu la dia akan berguna utk hidup kau, atau utk hidup orang lain. Untuk entri seterusnya la baru aku cerita serba sedikit tentang kos aku tu ye. 

So, untuk entri ni aku nak terus letak semua gambar2 dari sem 1 sampai sem akhir dekat U sini. U mana? U "Destini Anak Bangsa" dekat Puncak Perdana, bukan Puncak Alam. Orang selalu confuse ingat aku dekat Puncak Alam. Walhal aku di Puncak Perdana yang sangat kecik ni, yang dari kolej pun boleh nampak fakulti, yang kau boleh pergi kelas jalan kaki pada pukul 7.58 pagi bila kelas start pukul 8.00 pagi. haaa dekat kan kolej dan fakulti, ketiak kau tak sempat nak berbecak berlecah dengan peluh pun. 

 Muka budak2 belaka kan =)    
Lawatan ke Arkib Terengganu. Bermalam di UiTM Dungun 


 Family Day IREC 









Hakak akan merindui group assignment yang nieee =) Best sangat dapat group members mcm uolss ni.


Dalam hati ada taman eh meon?haha
Eh nak habis da untuk sem 6 ni =) Pre graduation night
Tema Black & White, tapi aku lari sikit tema, tudung tu warna lain =) 

Aku tak tahu bershawl2, berlilit2 ni tau, ni ada org tolong lilitkan. Last2 sekali aku tak sedar pun yang lilitan tu da melurut kebawah, dan aku rasa bulat sangat muka akuuuu.
  
Bila aku tengok gambar ni betul2, laaa lilitan dkt kepala aku tu da jatuhh. Makkkk! nak balik hostel cepat sbb kepala nampak bulat. Weyh yang tengah baca ni,  tak payah tengok betul2 sangat la. 

Lepas ni masing-masing akan p intern dekat kampung, so sebelum berpisah kami  berphotoshoot sikit untuk group IM246 ni dan terus bersteambot untuk yang terakhir.











Tudiaa..Warisan Wanita Melayu Terakhir. haha 


Akhir kalam, aku/saya/ hakak minta maaf ye pada korang semua sepanjang kita berkawan ni byk salah silapnya, banyak gurau senda yang melampau, kerap termarah tertinggi suara, sesungguhnya hakak mempunyai keturunan "hot temper" yang sangat susah nak dikawal, hahahaha. 

Selamat berlatihan industri semuaa!  
jaga diri elok2, jaga pemakanan, jaga hati dan jaga iman!

~~~~Bakal Merindui Kesayangan-kesayangan Hamba ni =(~~~~










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...