Background

Saturday, 23 July 2016

Hiking 3.0

Bukit Kledang, Ipoh
24/07/2016

Bukit Kledang terletak di Menglembu, Ipoh.
Ketinggiannya kira-kira 800 meter (2640 kaki).
Bukit ni merupakan salah satu tempat beriadah
bagi penduduk di sekitar ipoh.

----------------

Kali ni kami hiking gegurl2 je =)
Start naik pukul 7.50 pagi
Sampai je sana memang da ramai orang
Kebanyakan hikers yang naik terdiri daripada
bangsa cina. Ya, boleh tengok semua peringkat umur
dari kanak-kanak hinggalah warga emas.

-----------------

Nak naik atas tu ada beberapa laluan
Nak guna jalan tar boleh 
Nak guna tangga pun tak da masalah.
Kami guna jalan tar sebab rasa mudah 
walaupun agak jauh sikit la.

-----------------

Ada juga orang naik guna basikal
guna motor, kereta pun ada.
So hati2 la, kadang basikal turun laju je
kau tengah gelak2 sakan dgn kawan2 kau
sekali berdesuppp bunyi basikal dari belakang

-----------------

Dekat sana, banyak sangat wakaf2/ pondok
yang disediakan untuk kita mengembalikan semula
cara pernafasan secara normal. haha
Kau jangan tak tahu, bila kau da start nak haupp
kau boleh dengar bunyi nafas kau sendiri
tersangat kuat!
Tandas pun ada disediakan
tapi not sure la ok ke tak
haha

------------------

Kami sampai atas dalam pkul 9.00 pagi
So kira sejam jugak la
Kalau yang da biasa naik myb boleh 
sampai dalam 45min saja.
Kami bergambo2 dulu bila da sampai atas
Dalam 45 min jugak kami duduk dkt atas sana
Menghirup
Merenung
Meneliti
Mentafsir
betapa indahnya ciptaan Allah!

-----------------

9.45 pagi kami mula turun
Turun agak laju berbanding waktu nak naik
TAPI
akan tangkap dekat betis/lutut kau laaa
cekangg sungguh rasanya. haha
Sampai bawah dalam pukul 10.30 pagi

------------------

Hati-hati uolss!
Sepanjang nak naik or turun
ada tebuan/lebah menanti 
Kita memang la tak kacau diorang
TAPI
diorang kacau kita!!
Alam ni kan ciptaan Allah
so kita kena kongsi juga dgn hidupan lain

------------------

Jadi
waktu turun tu
kawan kami kena sengat dengan tebuan =(
So kami tak banyak sembang da waktu nak turun
sebab nak cepat2 p klinik.
Get Well Soon Saina!
Jangan serik lagi lepas ni ya.

------------------

Moh layan gambo hiking 3.0 


Awal pagi da banyak kereta
Lets begin! Yeahh
Dalam 10-15min da sampai dekat pondok rehat yang pertama, hihi =)
Excited kami bila sampai dekat CP1, so sis kasi blur sikit la aksi
excited diorang ni. haha 
Kembali ayu! kahkah
 Pondok seterusnya!
Pertengahan jalan akan jumpa ala2 taman ni. 
Uolss akan jumpa benda2 senaman ni sepanjang naik atas sana
Take 5 bebeh!
 Kawan sis hampir pitam. So kami berehat dulu, bagi makan roti
dan bagi makan kuih raya! haha selamat hari raya
Kami teruskan pendakian dan jumpa kata-kata semangat ni.
Keep Smile? macam tahu2 je muka kami da macam asam gelugo.

 Sedikit view sebelum sampai atas
Tangga disediakan

Testing testing! 
Tudiaaa..! disebalik tabir untuk menghasilkan 1 gambar mcm ni. Haha
Sibuk dok setting kamera. hoho
 Alhamdulillah! Kami da sampai =)



Semakin tinggi kita mendaki
Semakin rendah hati kita kepada Illahi


Moh turunnn!


 Waktu nak turun da tak seramai orang macam awal2 kami datang tadi.

 Memang budaya kita agaknya kan.
Bila kata "dilarang buat sampah", maka disitula akan ada sampah.

Toilet. Nampak scary ke tidok? haha 
Sampai je kami dekat bawah, kereta2 yang banyak tadi pun da tak da.
Kami terus pergi klinik di Silibin, 
sebab kawan kami kena sengat tebuan tadi waktu nak turun =(

---------------



TERIMA KASIH 

Atun
Fiza
Saina

Sayang uolss!



Kak Nyah Kata :

Kina, enjoy your life to the fullest!
Jodoh will come when the 
TIME IS RIGHT
with
THE RIGHT PERSON
So, don't bother about that =)

LIVE your LIFE!

------------------------------------------------------------------------------













No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...